Resepi Kuih Kaswi Mudah

Bahan - Bahan Membuat Kuih Kaswi 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
  • 1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
  • 7 cawan air
  • 1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
  • Bahan lain:
  • Kelapa parut muda
  • Sedikit garam
Resepi Kuih Kaswi Mudah
Kuih Kaswi


Cara Membuat Kuih Kaswi

  1. Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
  3. Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam periuk. Kacau sekejap je atas api sehingga naik wap sahaja. Bukan sampai keras..
  4. Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar.
  5. Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
  6. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: