Bahan-bahan Membuat Bingka Roti Kukus Pandan
- 10 keping roti sandwic
- 200 ml santan yang dicampur dengan 200 ml air
- 3 per 4 cawan gula halus
- 1 sudu teh pes pandan
- 4 biji telur
- 10 gram kismis
- 1 sudu kecil garam halus
- Sedikit pewarna hijau – Sekiranya perlu
Resepi Bingka Roti Kukus Pandan |
Cara-cara membuat Bingka Roti Kukus Pandan
1.Koyakkan roti menjadi kepingan kecil dan Ketepikan.
2.Satukan santan, garam, gula, pes pandan, dan juga telur kemudian Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan roti dan kismis ke dalam campuran santan tadi.Kemudian,rendam lebih kurang 5 minit.
4.Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan tuang adunan ke dalam loyang kemudian kukus selama 30 minit.
5.Sejukkan dahulu kemudian potong dan siap untuk dihidangkan.