Bahan-bahan Membuat Puding Roti Kukus
- 4 keping roti – dipotong kecil-kecil
- 1 tin susu cair (375 mL)
- 2 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar butter
- Sedikit kismis
|
Resepi Puding Roti Kukus |
Cara-cara Membuat Puding Roti Kukus
- Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
- Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
- Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
- Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
- Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.