Resepi Sup Ayam Pekat Sedap

Resepi Sup Ayam Pekat Sedap
Bahan A

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
  • Air secukup nya
  • 1 kiub pati ayam
  • sedikit garam


Bahan B
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 4 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 inci halia(dihiris nipis)

Bahan C
  • 3 biji buah keras (ditumbuk halus)
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 camca besar 'penuh' rempah sup
  • 1 batang serai (diketuk lebam)
  • 5 biji cili padi merah (diketuk lebam)
  • sedikit air


Bahan D
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
  • Limau kasturi
  • Bawang Goreng
Resepi Sup Ayam Pekat Sedap
Sup Ayam Pekat



Cara Membuat Sup Ayam Pekat Sedap
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis hirisan bawang besar sehingga layu dan beraroma.
  2. Kemudian baru masukkan kesemua bahan B yang lain. Goreng sehingga bawang putih bertukar hampir keperangan.
  3. Masukkan bahan C,  perlahankan api dan biar rempah masak dengan perlahan dan sempurna. Kacau-kacau selalu untu mengelakkan rempah berkerak.
  4. Setelah minyak terbit dari rempah baru dimasukkan air dan besar kan sedikit api supaya ia mendidih.
  5. Masukkan ayam, garam dan bahan perasa. Masak sehingga kuah mendidih semula.
  6. 5 minit sebelum angkat, masukkan sedikit hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  7. Tabur dengan tambahan bahan D sebelum dihidangkan.