Resepi Spaghetti Aglio Olio

Resepi Spaghetti Aglio Olio


Resepi Spaghetti Aglio Olio
Spaghetti Aglio Olio


Bahan-bahan (5-6 orang)

500 g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam

Cara-cara Memasak Spaghetti Aglio Olio
  • Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
  • Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
  • Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
  • Siap untuk dihidangkan.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: