Resepi Ayam Masak Halia

Bahan - Bahan Membuat Ayam Masak Halia

  • 1/2 ekor ayam [] Potong kecil, basuh bersih dan toskan ( Goreng dulu ayam ni dengan kunyit dan garam )
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil lada hitam [] Ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang atau sup [] Potong pendek
  • 1 biji buah tomato [] Belah 4
  • 1/2 batang carrot [] Potong kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula


Bahan Hiris

  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah
Resepi Ayam Masak Halia
Resepi Ayam Masak Halia



Cara Membuat Ayam Masak Halia

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Siap Dihidangkan