Resepi Ayam Pongteh

RESEPI AYAM PONGTEH

BAHAN-BAHAN:
  • 600 gm ayam (potong 10)
  • 3 sudu besar minyak
  • 250 ml air
  • 300 gm ubi sengkuang (potong kiub)
  • 4 helai daun cekur (hiris kasar)

BAHAN-BAHAN TUMBUK:
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 1.5 cm kunyit hidup
  • 4 biji buah keras

BAHAN-BAHAN PERISA:
  • 2 sudu besar taucu kisar
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis Garam dan gula secukup rasa
Resepi Ayam Pongteh



CARA MEMBUAT AYAM PONGTEH

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. 
  2. Kemudian  Masukkan ayam dan ubi sengkuang. 
  3. Goreng ayam dan sengkuang hingga jus ayam dan sengkuang kering.
  4. Masukkan air dan daun cekur, bila kuah mendidih baru ditambah bahan-bahan perisa, kacau dan angkat.

Resepi Kepak Ayam Madu

Kepak Ayam Madu

Bahan-bahan

  • 8-10 kepak ayam – dibersihkan
  • Setengah cawan madu
  • ¼ cawan sos tomato
  • ¼ cawan sos cili thai
  • Garam
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • Minyak masak
Resepi Kepak Ayam Madu


Cara Memasak


  1. Kepak ayam dilumur dengan sedikit garam dan goreng hingga masak
  2. Keluarkan minyak goreng dan tinggalkan satu sudu besar minyak tadi dan masukkan kedua-dua sos dan madu hingga kelihatan mendidih di atas api yang kecil.
  3. Masukkan kepak ayam dan gaul sehingga bersalut.
  4. Masukkan jus limau dan gaul hingga sebati.
  5. Angkat segera dan dihidangkan.

Resepi Gulai Ayam Kampung

Resepi Gulai Ayam Kampung


Bahan - Bahan 

  • 1 ekor ayam kampong dipotong
  • 1 sudu lada kisar
  • 5 ulas bawang merah dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci lengkuas dikisar
  • 1 inci kunyit hidup dikisar
  • Sedikit rempah ratus
  • Santan 1 biji kelapa
  • Minyak
  • Gula melaka
  • Setengah cawan air asam jawa
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 1 sudu rempah gulai
  • 1 sudu rempah masak ros (optional)

Resepi Gulai Ayam Kampung


Cara Memasak Gulai Ayam Kampung



  1. Panaskan minyak
  2. Tumis cili kisar bersama rempah ratus, bahan kisar, garam, gula melaka masukkan air dan ayam.
  3. Tutup periuk dan tunggu hingga ayam empuk
  4. Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
  5. Masukkan ubi kentang (jika mahu)
  6. Tutup api biarkan hingga naik minyak

Resepi Ayam Masak Hitam

Ayam Masak Hitam


Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 4 sudu besar minyak
  • daun pandan
  • daun kari
  • rempah tumis (kayu manis, pelaga,bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • halia
  • 7-10 tangkai cili kering dkisar halus
  • kicap manis
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 1 biji bawang besar dikisar kasar
  • 1 biji tomato dihiris kasar
Resepi Ayam Masak Hitam


Cara Memasak

  1. Ayam potong sederhana kecil.
  2. Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, halia. Perap bersama ayam dan serbuk jintan putih. selama 1/2 ke 1 jam.Tumis minyak, masukkan rempah tumis, daun pandan dan daun kari.
  3. Masukkan cili kering biar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam, serai, kicap manis secukupnya dan tomato puree. Tambahkan sedikit air (1/2cawan) tutup tudung periuk & biar hingga mendidih.
  4. Masukkan bawang besar & tomato,garam & gulasecukup rasa.
  5. Apabila kuah sudah menjadi pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Resepi Ayam Kampung Lemak Keledek

RESEPI AYAM KAMPUNG LEMAK KELEDEK


BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung (potong 12)
  • 2 biji ubi keledek (potong dadu)
  • 1 tangkai cili merah (tumbuk)
  • 5 tangkai cili padi (tumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 labu bawang besar (belah 4)
  • 1 batang serai (titik)
  • 4 cm kunyit hidup (tumbuk)
  • 1 keping asam gelugur
  • 250 ml santan pekat
  • 2 helai daun limau purut (hiris) Garam dan minyak secukupnya

Resepi Ayam Kampung Lemak Keledek



CARA MENYEDIAKAN

  1. Ayam kampung digoreng separuh masak dan ketepikan.
  2. Ubi keledek direbus setengah empuk dan ketepikan.
  3. Kemudian Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga pecah minyak.
  4. Setelah naik bau, masukkan pula ayam dengan sedikit air.
  5. Didihkan hingga ayam empuk.
  6. Kemudian masukkan pula santan, ubi keledek, asam gelugur, bawang besar, daun limau purut dan garam secukup rasa.

Resepi Ayam Panggang Bumbu Gurih

BAHAN – BAHAN MEMBUAT AYAM PANGGANG BUMBU GURIH
  • 1 ekor ayam, potong 24 bagian
  • 8 sdm kecap saus rendaman teriyaki, siap beli
  • 1 sdt garam, 1 sdt merica bubuk
  • 500 gram kentang kecil, kukus, kupas
  • 2 batang wortel, kupas, potong menurut selera
  • 150 gram jamur kancing belah dua
  • 100 gram kacang polong
  • 1/2 buah nenas potong bentuk kipas 3 sdm minyak zaitun
  • 1 buah bawang Bombay, iris
  • 250 ml krim kental
  • 150 gram keju cheddar, parut
  • 5 butir telur, kocok lepas
  • Taburan : peterseli atau seledri cincang
Resepi Ayam Panggang Bumbu Gurih
Ayam Panggang Bumbu Gurih


CARA MEMBUAT

  • Siapkan wadah atau pinggan tahan panas yang berfungsi ganda sebagai wadah pemanggang dan wadah saji.
  • Lalu Ayam setelah dicuci bersih, tiriskan lumuri dengan saus rendaman teriyaki, garam, dan merica bubuk, aduk rata dan diamkan selama 15 menit.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang Bombay, masukkan ayam, masak hingga ayam berubah warna , tambahkan krim kental, aduk rata.
  • Tuangkan tumisan kedalam wadah atau pinggan, masukkan kentang, wortel, jamur dan kacang polong tuangkan telur diatasnya dan taburi keju cheddar.
  • panggang dalam oven selama 30 menit.
  • sajikan hangat.



Untuk : 8 orang

Resepi Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh

Bahan - Bahan Membuat  Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh


  • Sediakan buloh lemang. Bersihkan.
  • Ayam 500 gm
  • Serai 1 batang ditumbuh
  • Bawang Merah 3 ulas
  • Bawang Putih 2 ulas
  • Lengkuas 2 cm
  • Halia 2 cm
  • Segengam pucuk ubi kayu
  • Garam secukup rasa
  • Gula sedikit
  • Perasa (aji no moto) secubit
  • 10-20 ml air
Resepi Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh



Cara Memasak Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh


  1. Pertama , Semua bahan-bahan dihiris atau ditumbuk halus.
  2. Gaul bersama-sama ayam yang telah dipotong.Biarkan sehingga 15 minit.
  3. Sediakan api seperti memanggang lemang.
  4. Masukkan ayam seketul seketul ke dalam buluh.Jangan dipadatkan. Masukkan 3/4 buluh sahaja.
  5. Masukkan 10-20ml air.Tutup buluh dengan pucuk ubi kayu(pucuk ubi kayu diikat seperti penyumbat)Mulalah masak seperti membakar lemang.
  6. Pusing-pusingkan buluh supaya masak rata.Masakan akan masak dalam masa 15-20 minit bergantung kpd api dan jumlah ayam yang dimasak.
  7. Masakan telah masak bila pucuk ubi telah layu betul-betul dan nampak air mendidih yang keluar diantara penyumbat

Resepi Ayam Bakar Berempah Harum

Resepi Ayam Bakar Berempah Harum

Bahan - Bahan Membuat Ayam Bakar Berempah
  • 1 ekor ayam (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan - Bahan di Kisar Bersama
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Resepi Ayam Bakar Berempah Harum
 Ayam Bakar Berempah Harum



Cara Membuat Ayam Bakar Berempah Harum
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ayam di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. 
  3. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  4. Kemudian bakar ayam sehingga masak.

Resepi Ayam Paprik

Resepi Ayam Paprik

Bahan - Bahan Membuat Ayam Paprik
  • 2 ketul isi ayam bahagian dada - dipotong kecil
  • 4 Ulas bawang merah - dihiris halus
  • 4 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 senduk cili kering yg telah dikisar dengan bawang
  • 1/2 biji Lobak merah yang dipotong memanjang
  • 4 batang Kacang panjang dipotong dalam 2 inci
  • 2 biji tomato dibelah empat
  • Bunga kobis dipotong kecil
  • 6 biji Cili padi yang dibelah dua
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 1 labu bawang besar yang dipotong bulat
  • 1 batang cili besar dipotong bulat
Resepi Ayam Paprik
Resepi Ayam Paprik



Cara Membuat Ayam Paprik
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai.
  2. Biarkan sampai bawang kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar. Masukkan cili api. Kacau sampai cili itu masak.
  4. Masukkan isi ayam dan biarkan sampai ayam agak masak.
  5. Masukkan sos tiram, cili sos, gula dan garam - ikut rasa ye.
  6. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. kemudian barulah dimasukkan kacang panjang.
  7. Kacau sampai masak sebelum dimasukkan daun limau purut, hirisan bawang besar dan cili besar tadi.
  8. Angkat dan hidangkan.