Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh
Bahan - Bahan Membuat Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh
- Sediakan buloh lemang. Bersihkan.
- Ayam 500 gm
- Serai 1 batang ditumbuh
- Bawang Merah 3 ulas
- Bawang Putih 2 ulas
- Lengkuas 2 cm
- Halia 2 cm
- Segengam pucuk ubi kayu
- Garam secukup rasa
- Gula sedikit
- Perasa (aji no moto) secubit
- 10-20 ml air
Cara Memasak Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh
- Pertama , Semua bahan-bahan dihiris atau ditumbuk
halus.
- Gaul bersama-sama ayam yang telah dipotong.Biarkan
sehingga 15 minit.
- Sediakan api seperti memanggang lemang.
- Masukkan ayam seketul seketul ke dalam buluh.Jangan
dipadatkan. Masukkan 3/4 buluh sahaja.
- Masukkan 10-20ml air.Tutup buluh dengan pucuk ubi
kayu(pucuk ubi kayu diikat seperti penyumbat)Mulalah masak seperti membakar
lemang.
- Pusing-pusingkan buluh supaya masak rata.Masakan
akan masak dalam masa 15-20 minit bergantung kpd api dan jumlah ayam yang
dimasak.
- Masakan telah masak bila pucuk ubi telah layu
betul-betul dan nampak air mendidih yang keluar diantara penyumbat