Resepi Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh

Bahan - Bahan Membuat  Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh


  • Sediakan buloh lemang. Bersihkan.
  • Ayam 500 gm
  • Serai 1 batang ditumbuh
  • Bawang Merah 3 ulas
  • Bawang Putih 2 ulas
  • Lengkuas 2 cm
  • Halia 2 cm
  • Segengam pucuk ubi kayu
  • Garam secukup rasa
  • Gula sedikit
  • Perasa (aji no moto) secubit
  • 10-20 ml air
Resepi Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh



Cara Memasak Ayam Pansoh/Ayam Masak Dalam Buloh


  1. Pertama , Semua bahan-bahan dihiris atau ditumbuk halus.
  2. Gaul bersama-sama ayam yang telah dipotong.Biarkan sehingga 15 minit.
  3. Sediakan api seperti memanggang lemang.
  4. Masukkan ayam seketul seketul ke dalam buluh.Jangan dipadatkan. Masukkan 3/4 buluh sahaja.
  5. Masukkan 10-20ml air.Tutup buluh dengan pucuk ubi kayu(pucuk ubi kayu diikat seperti penyumbat)Mulalah masak seperti membakar lemang.
  6. Pusing-pusingkan buluh supaya masak rata.Masakan akan masak dalam masa 15-20 minit bergantung kpd api dan jumlah ayam yang dimasak.
  7. Masakan telah masak bila pucuk ubi telah layu betul-betul dan nampak air mendidih yang keluar diantara penyumbat

banner
Previous Post
Next Post

0 comments: