Resepi Cempedak Goreng Rangup

Resepi Cempedak Goreng Rangup

Bahan bahan:

  • 2 senduk tepung beras
  • 1/2 - 1 senduk tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung - opsyenal
  • 1 sudu besar butter
  • 1 biji telur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Secubit gula
  • Garam
  • Air secukupnya
Resepi Cempedak Goreng Rangup
Resepi Cempedak Goreng Rangup


Cara Membuat Cempedak Goreng Rangup
  1. Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Sedia untuk digunakan. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.
  2. Celup cempedak atau apa sahaja ke dalam adunan tepung dan goreng.
  3. Angkat tinggi tinggi supaya terhasil keropok keropok yang banyak dan garing krup krup.
  4. Balik balikkan dan angkat. Tos di atas tisu dapur.
  5. Sedia untuk dinikmati.