Cucur Kembong Manis
Bahan - Bahan Membuat Cucur Kembong Manis
- 3 cawan tepung gandum
- 3 cawan air panas-yang betul2 panas
- 1/2 cawan susu pekat
- Secubit garam
- Minyak untuk menggoreng
Cucur Kembong Manis |
Cara Membuat Cucur Kembong Manis
- Gaul semua bahan-bahan dengan senduk kayu,kalau dah kurang panas boleh gunakan tangan.
- Adunan akan menjadi seperti doh(macam buat kuih keria) dan melekat di tangan
- Masa nak goreng,celup sedikit tangan dalam air.kepal adunan bagi bulat2 dan goreng hingga kekuningan.
# Masa dalam kuali bila nampak kuih boleh di terbalikkan,selalulah kacau kuih ni(kaup balik guna sudip)nanti kuih akan cantik bulatnya.