Resepi Cara Membuat Kuih ketayap / Kuih Dadar

Resepi Cara Membuat Kuih ketayap / Kuih Dadar

Bahan-Bahannya:

Untuk Kulit:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sdt garam
  • 2 sdm minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  • 1/2 sdt garam
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:
  1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  4. Sejukkan inti.
Resepi Cara Membuat Kuih ketayap / Kuih Dadar
Kuih ketayap / Kuih Dadar

Cara Membuat Kulitnya:

  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis.
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
  12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan



SUMBER : RESEPICiKGUAINI

Resepi Kuih Nona Manis

Resepi Kuih Nona Manis

Resepi Kuih Nona Manis
Kuih Nona Manis

Bahan A

  • 1 biji telur B - kocok hingga kembang 
  • 1/2 cawan gula halus (125gm) 
  • 1 cawan santan KARA (250ml) atau (1/2 cawan santan KARA + 1/2 cawan air) 
  • 1 cawan tepung gandum (145gm)


Cara :  Dalam bekas, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.  Masukkan telur yang di pukul dan whisk hingga rata dan tidak berketul.  Ketepikan

Bahan B
  • 1/2 cawan santan KARA(125ml)  
  • 1/2 cawan air pandan (125ml) - (5 helai daun pandan + 1/2 cawan air. Kisar dan tapis)  1/4 cawan gula halus (55gm)  
  • 1/4 cawan tepung jagung (30gm)  
  • secubit garam (1/4 sudu teh)  
  • sedikit pewarna hijau apple  
  • sedikit pandan emulco (optional)


Cara-cara : 
  1. Dalam periuk, Satukan air pandan dan santan.  
  2. Kemudian campurkan gula, tepung jagung, garam, pandan emulco (optional) dan sedikit pewarna hijau apple, tambah pewarna jika perlu untuk warna yang lebih menyerlah.
  3. Whisk hingga rata dan tidak berbintil-bintil
  4. Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat, kacau hingga rata.
  5. Angkat dari dapur, ambil Adunan A dan tuang ke dalam Adunan B sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga rata dan adunan menjadi pekat dan licin.  Ketepikan dahulu sementara menyediakan adunan Putih

Bahan C - Adunan Putih
  • 1 cawan santan KARA (1/2 cawan santan KARA + 1/2 cawan air)  
  • 1 sudu besar tepung gandum  
  • 1 sudu besar gula* - tak letak  
  • 1/2 sudu teh garam


Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan C, Tapis ke dalam periuk, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.  Biarkan adunan suam sikit baru di masukkan dalam piping bag (gunting sedikit hujungnya untuk pipe).
  2. Panaskan pengukus hingga airnya mendidih.  Balut atau lap tutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis pada kuih.
  3. Sediakan acuan lompang kecil, oleskan dengan minyak jagung / minyak masak.
  4. Tuangkan adunan hijau 3/4 penuh dalam acuan lompang.
  5. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan menaik di permukaan.
  6. Susun dalam pengukus dan kukus selama 7-10 minit.
  7. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.

Resepi Cara Membuat Kuih Keria

Resepi Cara Membuat Kuih Keria

Resepi Cara Membuat Kuih Keria
Kuih Keria

Bahan bahan:

  • Ubi keledek - Rebus & tumbuk
  • Tepung gandum secukupnya

Cara - cara:
  1. Satukan ubi yang ditumbuk dengan tepung gandum sehingga adunan boleh dibentuk. Jika masih lembik dan susah untuk dibulatkan, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit.
  2. Ambil adunan sebesar bola ping pong. Bulat bulatkan dan kemudian dileperkan. Kemudian buat lubang di tengah tengahnya.
  3. Goreng dengan api perlahan sehingga keperangan. Boleh angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sedia untuk disira dengan air gula.

Bahan – Bahan Membuat Sira Kuih Keria
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  • Secubit tepung gandum – opsyenal

Cara
  1. Panaskan gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih.
  2. Masukkan kuih keria yang telah disejukkan dan dikacau rata rata.
  3. Apabila air gula bersalut rata di kuih keria, taburkan sedikit tepung gandum supaya ia tahan lama dan tidak mudah cair.
  4. Terus dikacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih.
  5. Tutup api dan bolehlah dikeluarkan dari kuali.

Resepi Kuih Jemput Jemput Pisang

Resepi Kuih Jemput Jemput Pisang

Bahan bahan:

  • 7 biji pisang emas
  • 3 sudu besar gula pasir
  • Secubit garam
  • Tepung gandum secukupnya
Resepi Kuih Jemput Jemput Pisang
Resepi Kuih Jemput Jemput Pisang


Cara Membuat Kuih Jemput Jemput Pisang
  1. Pisang dikupas kulit dan dilenyek hancur dengan menggunakan garfu. Masukkan gula dan garam.
  2. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Jangan terlebih gandum, nanti adunan keras dan tak sedap.
  3. Panaskan minyak dan jemput adunan kecil kecil dan masuk ke dalam minyak yang telah panas. Goreng dengan api yang sederhana.
  4. Balik balikkan sehingga masak rata dan bolehlah angkat dan tos atas towel paper. Sedia untuk dihidangkan bersama teh atau kopi.



Resepi Kuih Loklik Makanan Tradisi Terengganu

Resepi Kuih Loklik Makanan Tradisi Terengganu

Bahan - Bahan Membuat Kuih Loklik


  • 1 cawan gajus - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
  • 1/2 cawan tepung beras - digoreng tanpa minyak
  • 1 cawan gula melaka
  • 2 cawan kelapa muda - diparut
  • Garam secukup rasa
Resepi Kuih Loklik Makanan Tradisi Terengganu
Kuih Loklik Makanan Tradisi Terengganu


Cara Membuat Kuih Loklik 

  1. Masak gula melaka bersama air sehingga agak pekat.
  2. Masukkan gajus, tepung beras, kelapa dan garam ke air gula melaka.
  3. Masak sehingga sebati dan sedia dinikmati


Resepi Cucur Kembong Manis

Cucur Kembong Manis

Bahan - Bahan Membuat Cucur Kembong Manis
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas-yang betul2 panas
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Resepi Cucur Kembong Manis
Cucur Kembong Manis



Cara Membuat Cucur Kembong Manis
  1. Gaul semua bahan-bahan dengan senduk kayu,kalau dah kurang panas boleh gunakan tangan.
  2. Adunan akan menjadi seperti doh(macam buat kuih keria) dan melekat di tangan
  3. Masa nak goreng,celup sedikit tangan dalam air.kepal adunan bagi bulat2 dan goreng hingga kekuningan. 

# Masa dalam kuali bila nampak kuih boleh di terbalikkan,selalulah kacau kuih ni(kaup balik guna sudip)nanti kuih akan cantik bulatnya.   

Resepi Paung Goreng - Makanan Tradisional Terengganu

Makanan Tradisional Terengganu

Bahan – Bahan Membuat Paung Goreng - Makanan Tradisional Terengganu
  • 1/2 kg tepung pulut
  • ½ cawan tepung gandum
  • 400 ml air
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng terendam
Bahan Inti
  • 5 ekor ikan selayang
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukupnya
Bahan Iris 
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 cm halia
Resepi Paung Goreng - Makanan Tradisional Terengganu
Paung Goreng - Makanan Tradisional Terengganu


Cara Membuat Paung Goreng - Makanan Tradisional Terengganu
  1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
  2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
  3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
  4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
  5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
  6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup).
  7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

Resepi Membuat Sira Pisang

Bahan - Bahan Membuat Sira Pisang

  • 6 biji pisang nangka/berangan/nipah
  • 2-3 senduk gula
  • sedikit garam
  • Sehelai daun pandan
  • 2-3 kuntuk bunga cengkih - sekiranya suka
  • Sedikit esen pisang - sekiranya suka
  • Pewarna kuning - sekiranya suka
  • Sedikit air kapur
Resepi Membuat Sira Pisang
Sira Pisang


Cara Membuat Sira Pisang 

  1. Rendam pisang yang dibelah dengan air kapur - sekejap sahaja
  2. Panaskan gula dengan sedikit air masak sampai berkilat
  3. Masukkan garam, daun pandan, pewarna kuning, bunga cengkih dan esen pisang
  4. Kemudian masukkan pisang.
  5. Masak seketika.

Resepi Kuih Lompat Tikam Kelantan

Resepi Kuih Lompat Tikam

Bahan - Bahan Membuat Kuih Lompat Tikam  (Untuk satu loyang)

Bahagian bawah:

  • 3 cawan air perahan daun pandan(saya blend 10 helai daun pandan bersama 3 cawan air dan tapis)
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan air kapur pekat(kalau nk tak nak letak boleh juga kalau tak mau rasa pahit)
  • Pewarna makanan(hijau)


Bahagian atas:

  • 4 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam - secukup rasa lemak masin

Air manisan:
  • 3 keping gula nisan
  • 2 helai daun pandan 
  • 2 cawan air
Resepi Kuih Lompat Tikam Kelantan
Kuih Lompat Tikam Kelantan



Cara Membuat Kuih Lompat Tikam

  1. Sediakan kuali dan panaskan. Letakkan bancuhan air daun pandan, air kapur serta tepung beras. Masukkan garam dan pewarna hijau sedikit saja. Kacau selalu hingga pekat. Hati-hati jangan sampai berkerak. Dah pekat dan berkilat terus matikan api dan tuang dalam loyang@bekas hidang. Sejukkan di bawah kipas.
  2. Untuk lapisan atas pula, masukkan santan sederhana pekat yang telah dibancuh bersama tepung beras. Masukkan garam. Kacau hingga pekat berkilat dan matikan api. Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi. Ratakan dan sejukkan di bawah kipas.
  3. Untuk air gula manisan, panaskan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan nisan tadi bersama daun pandan yang telah disimpul. Masak hingga gula nisan cair kesemuanya.
  4. Sebelum dihidang, simpan di dalam peti kuih lompat tikam bersama air manisannya untuk beberapa jam. Enak dihidang dan dimakan ketika sejuk.
  5. Jangan lupa tuang air manisan ke dalam kuih sebelum makan.