Resepi Gulai Nangka Ikan Masin

Resepi Gulai Nangka Ikan Masin

Bahan-Bahan Membuat Gulai Nangka Ikan Masin

  • 1 plastik nangka yang dah dibuang kulit (beli yang dah siap paket)
  • Isi ikan kurau masin dipotong kecil
  • 1 kotak santan 200ml
  • 1 cawan air
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai, dititik
  • Garam dan sedikit gula


Bahan Kisar 

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan

Resepi Gulai Nangka Ikan Masin
Resepi Gulai Nangka Ikan Masin


Cara Memasak Gulai Nangka Ikan Masin

1. Potong isi nangka kecil-kecil, rebus sehingga empuk, kemudian toskan.
2. Rendam ikan kurau masin sekejap, kemudian toskan.
3. Dalam periuk masukkan bahan kisar, serai, asam gelugor, biar mendidih seketika.
4. Kemudian tuang santan dan air serta nangka yang telah direbus tadi. Masak sambil dikacau sekali sekala biar mesra. Kemudian masukkan isi ikan masin kuran dan kacau-kacau lagi sehingga masak.
5. Masukkan sedikit gula dan garam (jika perlu kerana ikan masin tu dah rasa masinnya). Apabila semuanya telah sebati, tutup api. Siap untuk dinikmati.