Resepi Kambing Masak Merah

Bahan-bahan mentah:

500gram daging kambing
1 biji santan segar
3 biji bawang besar – 1 dipotong
6 helai daun kari
6 keping asam keping
Garam dan gula (cukup rasa)
Air (setakat cukup)

Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat (nak kisar pon boleh):

12 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
12 tangkai lada kering (ikut tahap kepedasan)
8 biji lada merah
6 batang serai
halia – agak-agak je
1 sudu kecil jintan manis
3 sudu besar serbuk cili

Resepi Kambing Masak Merah
Kambing Masak Merah


Cara-cara membuat Kambing Masak Merah


1.Panaskan minyak masak kemudian tumiskan semua bahan yang ditumbuk lumat tadi bersama daun kari sehingga pecah
minyak.
2.Masukkan daging kambing bersama secawan kecil air dan biarkan seketika hingga daging tersebut empuk.
3.Jika sudah daging telah empuk masukkan santan segar dan asam keping tadi kemudian biarkan seketika sehingga mendidih.
4.Kacau sehingga rata.
5.Perasakan dengan garam dan juga gula secukup rasa kemudian biarkan sehingga masak.
6.Sudap siap dan boleh dihidangkan.