Bahan - Bahan Membuat Kuih Kaswi
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
- 1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
- 7 cawan air
- 1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
- Bahan lain:
- Kelapa parut muda
- Sedikit garam
Kuih Kaswi |
Cara Membuat Kuih Kaswi
- Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
- Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
- Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam periuk. Kacau sekejap je atas api sehingga naik wap sahaja. Bukan sampai keras..
- Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar.
- Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
- Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.