Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap

Resepi Nasi Ayam Hainan 

Bahan-Bahan Membuat Ayam  Hainan

  • 1 ekor ayam
  • koser salt
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 4 inci halia muda (saiz 1/4 setiap satu)
  • 2 batang daun bawang (saiz 1 inci setiap satu)


Bahan untuk Sos Cili 

  • 4 cili merah dan sedikit cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu besar "sriracha chili sauce"
  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 1 inci halia
  • sedikit garam


Bahan untuk Sos Ayam 

  • 5 sudu besar Light Soya Sauce
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 1 sudu besar minyak garlic


Bahan untuk Nasi

  • 2 cawan beras basuh dan rendam selama 10 minit
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp Vegetable Oil
  • 1 inci halia muda - cincang
  • 1 sudu kecil kosher salt
  • 1/2 sudu kecil sesame oil


untuk Hiasan

  • 1 timun
  • 1/4 cawan dark soy sauce
  • sedikit daun ketumbar
Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap
Resepi Nasi Ayam Hainan Paling SedapAdd caption



Cara Membuat Nasi Ayam Hainan

  1. Pertama, untuk menghilangkan sebarang kotoran bersihkan ayam dengan cara menggosok kulit ayam dengan garam luar dan dalam. kemudian bilas
  2. Kemudian lumurkan ayam dengan garam liar dan dalam, masukan batang daun bawang dan halia ke dalam ayam. siapkan periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci. kemudian masukan ayam kedalam periuk tadi dan tenggelamkan. panaskan dengan api besar sampai ayam masak.
  3. Selepas masak, keluarkan ayam dan rendam didalam air ais yang berguna untuk menghentikan proses ayam terus masak dan menyejukanya. kemudian buang daun bawang dan halia didalam perut ayam. selepas itu simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
  4. Untuk memasak nasi : Tos beras yang direndam. panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam. selepas itu, masukan halia dan bawang putih sehingga wangi. masukan beras kedalam minyak tadi dan goreng sekejap dalam 2 minit.
  5. masukan garam, minyak sesame, dan masukan air rebusan ayam danmasaklah dalam periuk elektrik. bila anda ingin lebih sedap boleh masukan daun pandan.
  6. Sementara menunggu nasi masak, keluarkan ayam dari air ais kemudian potong ayam menjadi beberapa bahagian. lumurkan ayam dengan minyak sesame luar dan dalam. tuang sos ayam di atas ke atas ayam  yang dipotong sebelum dihidang.
  7. Untuk membuat sup : panaskan sup dan masukan garam, dan daun bawang sebagai hiasan. bila anda ingin lebih sedap boleh menambahkan bawang goreng
  8. Untuk membuat sos cili : kisar bahan tadi sampai halus