Bahan-bahan Roti Canai Lembut
- 1 kg tepung gandum
- 750ml air
- 1 biji telur
- 1 sudu garam
- 1 sudu besar mentega / marjerin
- 5 sudu besar tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik , tambahkan sedikit tepung gandum ni )
Resepi Roti Canai Lembut |
Cara membuat Roti Canai Lembut
1.Masukkan tepung gandum , telur , mentega dan garam secukup rasa kedalam bekas , kemudian kacau hingga sebati.
2.Masukkan air kedalam bahan yang dikacau sebati.
3.Uli hingga jadi doh dan rehatkan doh selama 10 minit.
4.Uli lagi selama 6 – 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali – uli dan rehatkan doh )
5.Uli sehingga doh menjadi kenyal dan tak melekat.( jgn risau kalau proses pertama terasa doh melekat di tangan kalau ianya masih lembik lagi selepas proses kedua , uli dan rehat , tambah sedikit tepung (1/2 sudu besar ).
6.Bentukkam menjadi bebola kepada 20 biji dan salut dengan margerin (perap selama 3 jam atau lebih).
7.Ambil roti , nipiskan sebesar piring dan tebar hingga menjadi nipis (utk mengelakkan koyak ,
tangan mesti sentiasa berminyak ).
9.Panaskan kuali dgn api sederhana , letaklah sedikit minyak dan masak hingga perang. (sambil terbalikkan roti , hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti).
10.Siap untuk dihidangkan.
P/s: Jangan uli terlalu kenyal doh nya, boleh menyebabkan roti susah untuk ditebar dan keras.Roti Canai Lembut boleh juga dimakan bersama kari ikan atau kuah dal.