Resepi Roti Canai Lembut

Bahan-bahan Roti Canai Lembut

  • 1 kg tepung gandum
  • 750ml air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu besar mentega / marjerin
  • 5 sudu besar tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik , tambahkan sedikit tepung gandum ni )


Resepi Roti Canai Lembut
Resepi Roti Canai Lembut


Cara membuat  Roti Canai Lembut


1.Masukkan tepung gandum , telur , mentega dan garam secukup rasa kedalam bekas , kemudian kacau hingga sebati.
2.Masukkan air  kedalam bahan yang dikacau sebati.

3.Uli hingga jadi doh dan rehatkan doh selama 10 minit.

4.Uli lagi selama 6 – 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali – uli dan rehatkan doh )

5.Uli sehingga doh menjadi kenyal dan tak melekat.( jgn risau kalau proses pertama terasa doh melekat di tangan kalau ianya masih lembik lagi selepas proses kedua , uli dan rehat , tambah sedikit tepung (1/2 sudu besar ).

6.Bentukkam menjadi bebola kepada 20 biji dan salut dengan margerin (perap selama 3 jam atau lebih).

7.Ambil roti , nipiskan sebesar piring  dan tebar hingga menjadi nipis (utk mengelakkan koyak ,
tangan mesti sentiasa berminyak ).

9.Panaskan kuali  dgn api sederhana ,  letaklah sedikit minyak dan masak hingga perang. (sambil terbalikkan roti , hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti).

10.Siap untuk dihidangkan.

P/s: Jangan uli terlalu kenyal doh nya, boleh menyebabkan roti susah untuk ditebar dan keras.Roti Canai Lembut boleh juga dimakan bersama kari ikan atau kuah dal.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: