Resepi Sambal Daging Special


Bahan-Bahan membuat Sambal Daging Special :

600 gram daging – hiris nipis-nipis kalau n ak besar pon boleh
5 sudu makan cili kering – dikisar (nak lebih pon boleh,ikut tahap kepedasan anda)
1 cawan air
Garam
Serbuk Perasa

Bahan-bahan yang perlu ditumbuk lumat:

Halia secukupnya
5 ulas bawang putih
1 biji setengah bawang besar

Resepi Sambal Daging Special
Resepi Sambal Daging Special


Cara-cara membuat Sambal Daging Special


1.Panaskan minyak didalam periuk kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan menjadi kekuningan.
2.Masukkan cili yang telah dikisar kemudian tumiskan sehingga pecah minyak serta agak garing.
3.Seterusnya masukkan daging, kacau supaya daging sebati dengan sambal.
4.Gunakan api sederhana besar.Selepas 3 minit, daging akan mengeluarkan air,hendaklah dimasak sehingga air daging tersebut kering.
5.Masukkan secawan air dan kacau sehingga rata.
6.Bila kuah sudAH mendidih, kecilkan api dan tutup periuk.
7.Biarkan daging mereneh SEhingga kuahnya pekat dan daging empuk.
8.Jika daging masih kurang empuk, boleh ditambah secawan air lagi dan biarkan mereneh dengan api yang perlahan.
9.Masukkan garam dan serbuk perasa kemudian Kacau sehingga sebati.
7.Tutup api dan bolehlah dihidangkan.