Resepi Ayam Masak Asam Pedas

Resepi Ayam Masak Asam Pedas

Bahan-Bahan Membuat Ayam Masak Asam Pedas

  • 1 ekor ayam (dipotong)
  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • Sebesar saiz ibu jari belacan
  • 1 batang serai (dititik)
  • 50gm daun kesum
  • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Resepi Ayam Masak Asam Pedas
Resepi Ayam Masak Asam Pedas


Cara Memasak Ayam Masak Asam Pedas

1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit,halia, dan belacan. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
2. Masukkan ayam, bunga kantan dan daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam. Gaul sebati dan tambahkan air.
4. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: