Resepi Gulai Daging ala Utara

Resepi Gulai Daging ala Utara

Bahan-Bahan Membuat gulai Daging Ala Utara

  • 1 kg daging bahagian tulang
  • 1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 senduk minyak masak
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • daun kari
  • sedikit gula melaka
  • garam secukup rasa


Bahan Kisar 

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia


Bahan Rempah Tumis 

  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 btg cengkih
  • 6 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu kecil lada hitam


Bahan Pes Rempah 

  • 1 bungkus rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

Resepi Gulai Daging ala Utara
Resepi Gulai Daging ala Utara


Cara Memasak Gulai Daging Ala Utara


1.Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut. Kalau menggunakan pressure cooker, masa memasak bergantung kepada jenis pressure cooker anda. Jika rebus menggunakan kaedah biasa, anggaran masa merebus dalam 1.5 hingga 2 jam.
2.Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis ‘Bahan Kisar’, daun kari dan ‘Bahan Rempah Tumis’ sehingga kekuningan dan naik bau.
3.Bancuh ‘Bahan Pes Rempah’ dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
4.Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.
5.Masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.

banner
Previous Post
Next Post

0 comments: