Resepi Tahu Berlada

Resepi Tahu Berlada

Bahan - Bahan Membuat Tahu Berlada

  • 2 keping tauhu
  • 1 labu bawang besar Holland ~ potong bulat
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 5 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh gula
  • 1 cawan minyak masak
  • garam secukup rasa


Bahan Kisar


  • 7 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah


Cara Membuat Tahu Berlada

Resepi Tahu Berlada
 Tahu Berlada


  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing
  2. Angkat dan ketepikan setelah masak
  3. Asingkan separuh minyak
  4. Baki minyak tumiskan daun kari hingga wangi
  5. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata
  6. Masaklah sehingga pecah minyak
  7. Masukkan jus limau kasturi, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.
  8. Kemudian masukkan bawang dan masak hingga bawang layu
  9. Masukkan tauhu dan kacau rata
  10. Sedia untuk dihidangkan.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: