Resepi Hati Lembu Masak Kicap Berempah

Resepi Hati Lembu Masak Kicap Berempah

Bahan -  Bahan Membuat Hati Lembu Masak Kicap Berempah
  • 500gm hati lembu -dipotong nipis-nipis 
  • sedikit kicap
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit gula
  • sedikit minyak
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (optional) – dihiris bulat
  • 1/2 capsicum merah (optional) – dihiris memanjang
  • 1/2 capsicum hijau (optional) – dihiris memanjang

Bahan Rempah – (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
  • 2-3 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis

Bahan Kisar 
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Resepi Hati Lembu Masak Kicap Berempah
Hati Lembu Masak Kicap Berempah


Cara Membuat Hati Lembu Masak Kicap Berempah
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan bahan rempah dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan hati, kicap dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kuahnya agak pekat.
  5. Akhir sekali masukkan bawang, capsicum merah dan capsicum hijau.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: