Resepi Begedil Daging Yang Sedap

Bahan - Bahan Membuat Begedil Daging

  • 1 kilo kentang (dikupas kulitnya, dipotong bulat)
  • 250 gram daging cincang (goreng dengan sedikit garam hingga kering)
  • 2 biji putih telur (masukkan sedikit garam)
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
Resepi Begedil Daging Yang Sedap
Begedil Daging



Cara Membuat Begeding Daging

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. 
  2. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
  3. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, dan garam. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dengan putih telur sebelum digoreng dalam minyak panas.
  5. Goreng sehingga garing atau kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Resepi Begedil Daging

Bahan-Bahan Membuat Begedil Daging 

  • 4 biji kentang – dihiris
  • suku kilo daging lembu – dicincang
  • Lada sulah – secukupnya
  • Garam – secukupnya
  • 1 genggam bawang goreng – dipotong
  • 1 genggam daun bawang – dipotong
  • 1 biji telur – dipukul
  • Minyak masak – untuk goreng

Resepi Begedil Daging
Resepi Begedil Daging


Cara Membuat Begedil Daging

1.Goreng kentang sehingga masak Kemudian tumbukkan kentang yang telah masak sehingga halus dan letakkan ke dalam mangkuk.
2.Masukkan daging yang dicincang ke dalam adunan kentang beserta garam dan lada sulah.
3.Gaulkan adunan tadi sehingga rata kemudian kepalkan bulat dan leperkan.
4.Celupkan kepalan tadi kedalam telur sebelum digoreng sehingga masak supaya adunan tadi tidak pecah apabila digoreng.
5.Selepas siap goreng bolehlah dihidangkan bersama meehon sup dan sebagainya.