Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap
- 5 Ekor ikan keli sederhana besar.
- 4 Ulas bawang putih-ditumbuk.
- 2 Biji bawang besar-ditumbuk.
- 5 Biji cili merah-ditumbuk.
- 5 Biji cili padi- ditumbuk (tambah jika nak pedas)
- Sedikit air asam jawa.
- Gula.
- Garam.
- Minyak masak.
- Serbuk Kunyit.
Tips Membersihkan Ikan Keli
- Ikan keli yang dibeli dipasar biasanya dibuang perut dan jika kita mahu, mungkin pakcik pasar tu boleh buang kepala dia siap-siap. Kepala ikan keli tak ada isi sangatkan. Jika nak potong buang terus lagi jimat masa menggoreng ikan nanti.
- Jika kita perhatikan, antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah kecil sebesar kepala mancis dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Anda kena buang darah tu, nak elakkan rasa hanyir darah ikan semasa nak basuh ikan keli tersebut.
- Setelah dibasuh kotoranya. Anda boleh guna limau nipis atau asam keping dilumur seluruh badan ikan untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan tersebut.
- Biarkan seketika dan basuh kembali ikan tersebut.
Tips nak elak ikan keli meletup masa goreng adalah dengan mambuat banyak hirisan pada badan ikan. Cara ni akan mempercepatkan proses pengeringan air dari badan ikan dan ini akan mengurangkan ikan 'meletup' semasa menggoreng.
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap |
Cara Membuat Ikan Keli Goreng Berlada Sedap
- Gaulkan ikan dengan garam dan sebuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dah toskan minyaknya. Susun dalam pinggan.
- Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.
- Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.
- Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.
- Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.