Resepi Ikan Tongkol Masak Merah

Resepi Ikan Tongkol Masak Merah

Bahan - Bahan

a)     Ikan Tongkol Rebus

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan tongkol - potong saiz sesuai selera dan bersihkan
  • 1/2 sudu garam
  • 4 hiris lengkuas
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit air - untuk merebus
  • 1 keping asam gelugor

Cara-Cara
  1. Rebus air kedalam periuk dan bila sudah mendidih masukan ikan dan masukan pula asam keping, garam, dan lengkuas.
  2. bila air rebusan sudah agak kering boleh matikan api, kemudian panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing. angkat dan ketepikan
  3. air rebusan ikan tongkol tadi jangan dibuang boleh digunakan untuk membuat sambal tumis.

b) Sambal Tumis Ikan Tongkol

Bahan-Bahan
  • 4 sudu cili giling - kisar
  • 1 ulas bawang besar - dihiris
  • 4 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 helai daun limau purut - opsyenal
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 batang serai - dikisar
  • sedikit serbuk perasa maggi
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil asam jawa
  • garam secukupnya
Resepi Ikan Tongkol Masak Merah
Ikan Tongkol Masak Merah


Cara-Cara

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar hingga harum dan agak pecah minyak.

2. masukan gula dan asam jawa dan kacau sekata, selepas tu masukan air rebusan ikan tongkol tadi. kemudian masukan garam dan serbuk perasa.

3. kacau rata kemudian masukan bawang besar dan daun limau purut bila ada, kemudian masukan ikan tongkol yang sudah digoreng tadi dan kecilkan api.

4. kacau rata hingga bumbu masuk kedalam isi ikan tongkol dan biarkan seketika.


5. bila ikan tongkol sudah masak boleh padamkan api dan ikan tongkol masak merah sudah siap untuk dihidangkan.

Resepi Ikan Masak Singgang

Resepi Ikan Masak Singgang

Bahan-Bahan

  • 5 potong ikan tongkol
  • 7 biji cili api - belah 2
  • 3 biji bawang putih - hiris nipis
  • 3 biji bawang merah - hiris nipis
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 3 keping asam keping
  • 2 batang serai - dititk
  • 2 inci halia - hiris nipis
  • 2 inci kunyit hidup - hiris nipis
  • 2 inci lengkuas - hiris nipis
  • air secukupnya
  • garam secukupnya
Resepi Ikan Masak Singgang
Ikan Masak Singgang


Cara penyediaan
  1. mula-mula panaskan air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukan semua bahan yang dihiris nipis bersama serai,dan biarkan sampai semua bahan agak layu.
  2. kemudian masukan asa keping kacau perlahan dan biarkan hingga kuah kembali mendidih, selepas tu masukan ikan dan kacau perlahan.
  3. tutup dan biarkan hingga ikan masak dan bila ikan sudah masak masukan cili api dan kacau perlahan agar ikan tidak hancur.
  4. perasakan dengan garam secukupnya dan bila sudah masak ikan singgang siap untuk dihidangkan.

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

Bahan-Bahan
  • 8 keping ikan tongkol - bersihkan
  • 14 cili kacang bendi - kerat batang dan ekor
  • 6 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu pati teh asam jawa
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 3 biji cili merah - belah 2
  • 2 cawan santan cair
  • 2 pelepah daun kari - larutkan daunya dari tangkai
  • minyak, garam, dan gula secukupnya

Bahan Tumbuk
  • 6 biji bawang merah
  • 5 biji bawnag putih
  • 2 cm halia
Resepi Ikan Tongkol Masak Kari
Ikan Tongkol Masak Kari


Cara Membuat Ikan Tongkol Masak Kari


  1. Mula -mula bersihkan ikan tongkol dan gaul dengan sedikit kunyit dan garam kemudian goreng hingga separuh masak
  2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau, selepas tu gunakan api sederhana dan masukan cili kisar. biarkan hingga pecah minyak.
  3. kemudian masukan serbuk kari ikan dan bila terlalu kering tambahkan dengan sedikit air. kemudian masukan daun kari dan biarkan hingga layu dan masukan santan.
  4. biarkan hingga santan mendidih dan bila sudah mendidih masukan ikan tongkol, bila kuah sudah agak pekat, tambahkan santan pekat dan biarkan mendidih.
  5. akhir sekali, masukan cili merah bersama garam, gula, dan kacang bendi dan biarkan hingga kacang bendi berubah warna. dan bila sudah masak bolehlah matikan api.

Resepi Ikan Bilis Berempah

Resepi Ikan Bilis Berempah

Bahan - bahan Membuat Ikan Bilis Berempah
  • Segenggam ikan bilis
  • 11/2 sudu teh serbuk kari ikan
  • 1 sudu teh tepung beras
  • 7 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
Resepi Ikan Bilis Berempah
 Ikan Bilis Berempah



Cara Membuat  Ikan Bilis Berempah
  1. Perap ikan bilis dengan serbuk kari dan tepung beras selama 5-10 minit
  2. Goreng macam biasa, kemudian masuk bawang putih dan akhir sekali masukkan daun kari. 
  3. Bila ikan bilis dah garing bolehlah angkat dan toskan.

Resepi Udang Goreng Berempah

Resepi Udang Goreng Berempah

Bahan - Bahan Membuat Udang Goreng Berempah
  • Udang harimau (500g) atau lain - lain udang
  • Bawang merah (4 ulas)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang besar dicincang (1 biji)
  • Serai dipotong nipis (1/2 batang)
  • Daun kari (1 tangkai)
  • Ketumbar (1 sudu)
  • Serbuk cili (1 sudu)
  • Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
  • Serbuk kunyit (1/2 sudu)
  • Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
  • Gula (sikit je kalau perlu)
  • Garam (secukup rasa)
Resepi Udang Goreng Berempah
Udang Goreng Berempah



Cara Membuat Udang Goreng Berempah
  1. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih.
  2. Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
  3. Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.
  4. Goreng daun kari hingga naik bau.
  5. Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.
  6. Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

Resepi Siakap Kukus Halia

Resepi Siakap Kukus Halia

Bahan - Bahan Membuat Siakap Kukus Halia

  • Ikan siakap - dibersihkan
  • Sedikit garam 
  • Sedikit kiub ikan bilis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan Iris 
  • 1 ulas bawang putih  
  •  2 inci halia 
Resepi Siakap Kukus Halia
Siakap Kukus Halia



Cara - Cara Membuat Siakap Kukus Halia
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dengan api sederhana.
  2. Lumurkan ikan bersama garam, kiub ikan bilis, serbuk lada hitam, halia dan bawang putih.
  3. Kukus selama 20 minit.
  4. Setelah masak boleh angkat dan dimakan panas-panas bersama nasi putih.


Resepi Ikan Bilis Tumis Asam

Resepi Ikan Bilis Tumis Asam

Bahan-Bahan:
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah 1 biji
  • Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam (secukup rasa)
  • Ikan bilis
  • Kentang 1 biji (dipotong nipis)
  • Minyak
Resepi Ikan Bilis Tumis Asam
Ikan Bilis Tumis Asam



Cara Membuat Ikan Bilis Tumis Asam

  1. Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat.
  3. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata.
  4. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata.
  5. Siap Dihidangkan

Resepi Ikan Keli Masak Asam Pedas

Resepi Ikan Keli Masak Asam Pedas

Bahan - Bahan Membuat Ikan Keli Masak Asam Pedas


  • 4 ekor ikan keli
  • > 8 Biji cili kering + cilli padi jika nak pedas 
  • > 3-4 ulas kunyit hidup 
  • > 2 Batang serai
  • > 6 Biji bawang merah
  • > 3 biji bawang putih
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 5 batang daun kesom
  • garam, ajinamoto n gula(secukup rasa)
  • 1 sudu teh belacan
  • 4-5 asam gelugor (ikut citarasa nak masam lebihkan asam)
Resepi Ikan Keli Masak Asam Pedas
Resepi Ikan Keli Masak Asam Pedas



Cara Membuat Ikan Keli Masak Pedas


  1. Kisar Bahan Yang Bertanda > 
  2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bhn kisar
  3. Tumiskan sehingga naik bau, masukkan air.  
  4. Setelah air mendidih masukkan gula, garam, ajinamoto belacan dan asam gelugor, barulah dimasukkan ikan, daun kesom dan bunga kantan. 
  5. Tunggu sehingga ikan masak.

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap

Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap

  • 5 Ekor ikan keli sederhana besar.
  • 4 Ulas bawang putih-ditumbuk.
  • 2 Biji bawang besar-ditumbuk.
  • 5 Biji cili merah-ditumbuk.
  • 5 Biji cili padi- ditumbuk (tambah jika nak pedas)
  • Sedikit air asam jawa.
  • Gula.
  • Garam.
  • Minyak masak.
  • Serbuk Kunyit.


Tips Membersihkan Ikan Keli

  1. Ikan keli yang dibeli dipasar biasanya dibuang perut dan jika kita mahu, mungkin pakcik pasar tu boleh buang kepala dia siap-siap. Kepala ikan keli tak ada isi sangatkan. Jika nak potong buang terus lagi jimat masa menggoreng ikan nanti.
  2. Jika kita perhatikan, antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah kecil sebesar kepala mancis dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Anda kena buang darah tu, nak elakkan rasa hanyir darah ikan semasa nak basuh ikan keli tersebut.
  3. Setelah dibasuh kotoranya. Anda boleh guna limau nipis atau asam keping dilumur seluruh badan ikan untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan tersebut.
  4. Biarkan seketika dan basuh kembali ikan tersebut.


Tips nak elak ikan keli meletup masa goreng adalah dengan mambuat banyak hirisan pada badan ikan. Cara ni akan mempercepatkan proses pengeringan air dari badan ikan dan ini akan mengurangkan ikan 'meletup' semasa menggoreng.

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap


Cara Membuat Ikan Keli Goreng Berlada Sedap

  1. Gaulkan ikan dengan garam dan sebuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dah toskan minyaknya. Susun dalam pinggan.
  2. Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.
  4. Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.
  5. Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.
  6. Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.