Resepi Kek Gula Hangus

Masa: Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 1 Jam 

Resepi Kek Gula Hangus
Resepi Kek Gula Hangus


Bahan-Bahan Membuat Kek Gula Hangus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur - Gred A
  • 1 cawan susu pekat manis

Gula Karamel 

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu teh mentega

Cara-cara Menyediakan Kek Gula Hangus

  1. Mula-mula sediakan gula karamel terlebih dahulu dan sejukkan.
  2. Masukkan gula pasir kedalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga cair dan keperangan. Berhati-hati, masukkan air panas dan mentega. Ketepikan seketika sehingga sejuk.
  3. Didalam mangkuk besar, ayak tepung gandum dengan soda bikarbonat dan ketepikan seketika.
  4. Didalam mangkuk pengadun pula, putar telur dengan susu pekat hingga kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan gula karamel yang telah sejuk dan kacau rata.
  5. Tuang kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitik keatas kek.
  6. Kukus dengan api sederhana selama sejam atau sehingga kek masak.