Resepi Kek Batik Biskuit Marie

Resepi Kek Batik Biskuit Marie

Bahan-bahan
  • 200gm milo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • Biskut marie/cracker secukupnya
Resepi Kek Batik Biskuit Marie
Resepi Kek Batik Biskuit Marie


Cara Membuatnya :
  1. Alaskan loyang dengan plastik, biarkan plastik melebihi loyang supaya senang nak keluarkan kek bila dah sejuk.
  2. Cairkan butter alam kuali dengan mengggunakan api kecil.
  3. Setelah cair, masukkan susu, milo sedikit demi sediki gaul hingga sebati & masukkan juga serbuk koko.
  4. Gaul hingga halus dan tak berketul lagi. (gunakan hand whisk)
  5. Setelah pekat, susun biskut marie dalam loyang kemudian curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan, lapis lagi biskut marie, curahkan adunan ratakan.
  6. Ulang hingga habis adunan dan sejukkan dalam peti ais.

Resepi Kek Lapis Cheese

Bahan A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat
  • 500 ml susu segar (dipanaskan)


Bahan B:
  • 500 gram cheese krim
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus
Resepi Kek Lapis Cheese
Resepi Kek Lapis Cheese



Cara Membuat Kek Lapis Cheese


1.Satukan cheese dan gula , kemudian gaul hingga sebati.
2.Masukkan susu segar sedikit demi sedikit (janga sampai adunan terlalu cair)
3.Pukul adunan hinggakembangdan sebati lalu ketepikan.
4.Sediakan bekas yang dialas dengan plastik atau kertas minyak di permukaan bekas.
5.Ambil biskutdan celup kedalam susu yang dah dipanaskan (suamkan dulu) dan susu kedalam bekas , kemudian sapukan cheese diatasnya.
6.Ulang proses melapis hingga biskut habis dan biarkan lapisan cheese diatas sebagai lapisan terakhir.
7.Kisar saki baki biskut dan taburkan biskut diataslapisan cheese , tekankan permukaan aduanan dan padatkan .
8.Masukkan dalam peti sejukdan biarkan sekurangnya 8 jam sebelum dipotong.

Resepi Kek Butter

Bahan-bahan Membuat Kek Butter

  • 300 gram tepung gandum
  • 200 gram gula halus
  • 200 gram butter
  • 4 biji telur
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 5 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan susu sejat
Resepi Kek Butter
Resepi Kek Butter



Cara Membuat Kek Butter


1.Pukul butter , gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu .
2.Pukul lagi dan masukkan susu pekat , susu sejat dan pukul hingga sebati.
3.Ayak tepung , baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga tepung habis.
4.Bakar adunan selama 45 minit pada suhu 160c.
5.Tunggu kek sedikit sejuk , boleh dipotong dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kek Pandan Kelapa

Resepi Kek Pandan Kelapa

Bahan-Bahan Membuat kek Pandan Kelapa

  • 125 gm mentega
  • 140 gm gula kastor
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar pes pandan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan kelapa kering
Resepi Kek Pandan Kelapa
Resepi Kek Pandan Kelapa



Cara Membuat Kek Pandan Kelapa 


1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis
3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.
4. Masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F (173C) selama 45-50minit.
5. Cucuk di tengah kek dengan lidi untuk menguji sama ada kek betul-betul masak.

Resepi Kek Gula Hangus

Masa: Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 1 Jam 

Resepi Kek Gula Hangus
Resepi Kek Gula Hangus


Bahan-Bahan Membuat Kek Gula Hangus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur - Gred A
  • 1 cawan susu pekat manis

Gula Karamel 

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu teh mentega

Cara-cara Menyediakan Kek Gula Hangus

  1. Mula-mula sediakan gula karamel terlebih dahulu dan sejukkan.
  2. Masukkan gula pasir kedalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga cair dan keperangan. Berhati-hati, masukkan air panas dan mentega. Ketepikan seketika sehingga sejuk.
  3. Didalam mangkuk besar, ayak tepung gandum dengan soda bikarbonat dan ketepikan seketika.
  4. Didalam mangkuk pengadun pula, putar telur dengan susu pekat hingga kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan gula karamel yang telah sejuk dan kacau rata.
  5. Tuang kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitik keatas kek.
  6. Kukus dengan api sederhana selama sejam atau sehingga kek masak.