Masa: Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 1 Jam
Resepi Kek Gula Hangus |
Bahan-Bahan Membuat Kek Gula Hangus
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 4 biji telur - Gred A
- 1 cawan susu pekat manis
Gula Karamel
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 2 sudu teh mentega
Cara-cara Menyediakan Kek Gula Hangus
- Mula-mula sediakan gula karamel terlebih dahulu dan sejukkan.
- Masukkan gula pasir kedalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga cair dan keperangan. Berhati-hati, masukkan air panas dan mentega. Ketepikan seketika sehingga sejuk.
- Didalam mangkuk besar, ayak tepung gandum dengan soda bikarbonat dan ketepikan seketika.
- Didalam mangkuk pengadun pula, putar telur dengan susu pekat hingga kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan gula karamel yang telah sejuk dan kacau rata.
- Tuang kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitik keatas kek.
- Kukus dengan api sederhana selama sejam atau sehingga kek masak.
0 comments: