Resepi Siakap Goreng Sos Plum

Masa: Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
  • daun ketumbar ATAU daun bawang, untuk taburan
  • Bahan untuk kuah sos plum:
  • 1/2 cawan sos plum
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia muda, hiris nipis memanjang seperti mancis
  • 1 biji bawang besar, potong membulat atau wedges
  • 4 biji cili padi, hiris nipis
  • 1 biji limau nipis, perah jus

Resepi Siakap Goreng Sos Plum
Resepi Siakap Goreng Sos Plum


Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, pastikan cukup untuk 'deep fry' ikan siakap.
  2. Bersihkan ikan, sapu sedikit garam dan salut dengan tepung jagung. Goreng sehingga masak dan garing.


Cara-cara untuk sos plum:

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia muda sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos plum, sos cili Thai, jus limau nipis, sos ikan dan cili padi. Kacau sehingga kuah masak. Tambah sedikit air untuk kepekatan kuah yang sesuai.
  3. Masukkan bawang besar dan garam secukupnya. Tidak perlu dimasukkan gula lagi kerana sos plum sudah manis.
  4. Tuang kuah sos plum di atas ikan siakap goreng dan tabur dengan daun ketumbar atau daun bawang.