Resepi Serunding Daging

Bahan - Bahan Membuat Serunding Daging
  • 1kg daging - Direbus hingga empuk dan disiat
  • 1 liter santan
  • 100gm serbuk ketumbar
  • 100gm serbuk jintan manis
  • Jus asam jawa secukupnya
  • 50gm kerisik
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa


Bahan Kisar

  • 20 biji cili kering 
  • 2 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 3 cm lengkuas 
  • 2.5 cm halia 
  • 5 batang serai 
Resepi  Serunding Daging
 Serunding Daging



Cara Membuat Serunding Daging

  • Rebus daging sehingga empuk, kemudian disiat halus.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk jintan manis dan ketumbar sehingga pecah minyak.
  • Selepas itu masukkan santan dan daging. Kacau di atas api perlahan sehingga rata.
  • Bila sudah agak pekat, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati sehingga kering.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: