Masa: Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan siakap
- 2 sudu besar tepung jagung
- sedikit garam
- daun ketumbar ATAU daun bawang, untuk taburan
- Bahan untuk kuah sos plum:
- 1/2 cawan sos plum
- 2 sudu besar sos cili Thai
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 biji bawang merah, hiris nipis
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 inci halia muda, hiris nipis memanjang seperti mancis
- 1 biji bawang besar, potong membulat atau wedges
- 4 biji cili padi, hiris nipis
- 1 biji limau nipis, perah jus
Resepi Siakap Goreng Sos Plum |
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, pastikan cukup untuk 'deep fry' ikan siakap.
- Bersihkan ikan, sapu sedikit garam dan salut dengan tepung jagung. Goreng sehingga masak dan garing.
Cara-cara untuk sos plum:
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia muda sehingga naik bau.
- Masukkan sos plum, sos cili Thai, jus limau nipis, sos ikan dan cili padi. Kacau sehingga kuah masak. Tambah sedikit air untuk kepekatan kuah yang sesuai.
- Masukkan bawang besar dan garam secukupnya. Tidak perlu dimasukkan gula lagi kerana sos plum sudah manis.
- Tuang kuah sos plum di atas ikan siakap goreng dan tabur dengan daun ketumbar atau daun bawang.
0 comments: