Resepi Tauhu Berlauk

Resepi Tauhu Berlauk


Bahan-Bahan Membuat  Tauhu Berlauk :

  • 4 ketul tauhu
  • 2 tiub tauhu jepun
  • udang/isi ayam
  • cili merah
  • daun bawang
  • daun sup
  • telur 4 biji
  • garam, serbuk lada putih, serbuk perasa

Resepi Tauhu Berlauk
Resepi Tauhu Berlauk


Cara Membuat Tauhu Berlauk :

1. Blender tauhu, tauhu jepun, 2 biji telur, dan udang atau isi ayam.
2. Selepas itu, masukkan hirisan daun bawag dan cili merah.
3. Perasakan dengan garam, serbuk lada putih serta maggi secukup rasa. Gaul rata.
4. Masukkan bahan bancuhan tadi dalam bekas plastik dan kukus bahan selama lebih kurang 15-20 minit.
5. Angkat dan sejukkan, kemudian potong mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Pukul 2 biji telur. Celup tauhu yang dipotong tadi dan goreng sehingga garing. Hidangkan.