Resepi Sup Tofu Telur

Bahan - Bahan Membuat Sup Tofu Telur

  • 2 batang setengah tofu telur – dipotong
  • 5 biji bawang merah – dihiris halus
  • 4 ulas bawang putih – dihiris halus
  • halia (agak-agak je) – dihiris halus
  • 1 biji putih telur
  • 1 tangkai daun sawi – dipotong
  • setengah biji lada benggala merah – dihiris panjang
  • setengah biji lobak merah – parut
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Air
  • Garam
  • Minyak jagung untuk menumis

Resepi Sup Tofu Telur
Resepi Sup Tofu Telur

Cara - Cara Memasak Sup Tofu Telur

1.Panaskan minyak jagung dalam kuali dan tumis bahan yang dihiris halus sehingga naik bau.
2.Masukkan air secukupnya bersama daun sawi,lada benggala dan lobak merah serta biarkan ianya mendidih.
3.Apabila sayur-sayuran setengah lembut,masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah.
4.Masukkan putih telur dan kacau sehingga rata kemudian biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Terung Goreng Berempah

Cara Buat Terung Goreng Berempah


Bahan-Bahan Membuat Terung Goreng Berempah :

  • 2 terung panjang atau terung bulat
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk lada hitam kasar
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • secubit garam masala kalau ada
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk goreng.

Resepi Terung Goreng Berempah
Resepi Terung Goreng Berempah


Cara Membuat Terung Goreng Berempah :

1. Basuh terung dan hiris lebih kurang 5mm ketebalan (jangan terlalu tebal atau terlalu nipis). Hirisan terung perlu direndam dalam air supaya terung tidak menjadi lebam. Untuk masakan lain pun sama sama juga.2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana.
3. Adunkan semua bahan tepung gorengan. Ambil sekeping terung yang telah dihiris, tekapkan dalam tepung di dua permukaan hirisan tepung. Hirisan itu terus masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga tepungnya menjadi garing.
4. Sekiranya anda ingin lebih garing gorengan hirisan terung, bila buat goreng pertama 23 minit, keluarkan dan sejukan. Goreng kembali selama 12 minit (double frying). Hindarkan minyak berlebihan dengan meletakkan hirisan terung yang telah goreng di atas “kitchen towel atau tisu dapur. Selamat mencuba.

Resepi Acar Rampai

Resepi Acar Rampai


Bahan-Bahan Membuat Acar Rampai :

  • 1 batang timun
  • 1 batang carrot
  • 2 labu bawang besar
  • 3 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili hijau
  • 1/2 cawan cuka tiruan
  • 1 s/b gula
  • 1 s/b biji sawi
  • Garam
  • Kunyit
  • 1 s/k kapur (dibancuh ngan 1 liter air)


Bahan tumis (mayang) –

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • Minyak

Resepi Acar Rampai
Resepi Acar Rampai


Cara Memasak Membuat Acar Rampai :

1. Semua sayur dipotong kecil dan panjang. Kemudian, rendamkan dalam air kapur supaya rangup.
2. Toskan sayuran tadi hingga kering.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis serta biji sawi sehingga layu.
4. Masukkan cuka tiruan, garam, serbuk kunyit dan gula. Bila mendidih, masukkan sayuran dan kacau rata.
5. Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan.

Resepi Tauhu Berlauk

Resepi Tauhu Berlauk


Bahan-Bahan Membuat  Tauhu Berlauk :

  • 4 ketul tauhu
  • 2 tiub tauhu jepun
  • udang/isi ayam
  • cili merah
  • daun bawang
  • daun sup
  • telur 4 biji
  • garam, serbuk lada putih, serbuk perasa

Resepi Tauhu Berlauk
Resepi Tauhu Berlauk


Cara Membuat Tauhu Berlauk :

1. Blender tauhu, tauhu jepun, 2 biji telur, dan udang atau isi ayam.
2. Selepas itu, masukkan hirisan daun bawag dan cili merah.
3. Perasakan dengan garam, serbuk lada putih serta maggi secukup rasa. Gaul rata.
4. Masukkan bahan bancuhan tadi dalam bekas plastik dan kukus bahan selama lebih kurang 15-20 minit.
5. Angkat dan sejukkan, kemudian potong mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Pukul 2 biji telur. Celup tauhu yang dipotong tadi dan goreng sehingga garing. Hidangkan.

Resepi Pajeri Nenas

Resepi Pajeri Nenas

Bahan-Bahan Membuat Pajeri Nanas :

  • 1 biji nenas
  • 1 biji kelapa (santan cair & santan cair)
  • 1 tangkai kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 sudu minyak masak
  • ½ sudu besar gula putih
  • ½ sudu besar gula merah
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • ½ peket rempah kari (daging/ayam)
  • sedikit garam
  • sedikit kerisik

Resepi Pajeri Nenas
Resepi Pajeri Nenas

Cara Memasak Pajeri Nanas :

1. Panaskan minyak tumis kayu manis,halia,bunga lawang dan daun kari.
2. Masukan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit santan pekat,garam,bawang yang telah ditumbuk tadi.
3. Setelah rempah tadi sudah masak masukan gula putih,gula merah,santan cair & pekat,kerisik dan nenas.
4. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Terung Berlada

Resepi Terung Berlada


Bahan-Bahan Membuat Terung Berlada : 

  • 2/3 biji terung panjang dipotong serong
  • 4 biji bawang merah besar dihiris halus
  • 3 biji bawang putih di hempok je dengan pisau
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • segengam ikan bilis digoreng garing
  • 2 biji cili merah
  • 10 biji atau lebih cili padi
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit cuka
  • minyak untuk menumis

Resepi Terung Berlada
Resepi Terung Berlada


Cara Membuat Terung Berlada :

1. Panaskan minyak dan goreng terung, angkat dan ketepikan. Masukkan bawang putih dan bawang merah.
2. Apabila terbit bau wangi masukkan cili yang telah dikisar dan dibuang airnya.
3. Masak sehingga garing, kemudian masukkan garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan cuka. Angkat dan taburkan ikan bilis goreng diatasnya. Hidangkan.

Resepi Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit

Resepi Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit


Bahan-Bahan:

  • 200g udang (buang kulit)
  • 1 ikat kacang buncis (potong serong)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 biji cili merah (hiris nipis)
  • 1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
  • 1 sudu kecil kunyit
  • Garam
  • Minyak

Resepi Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit
Resepi Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit


Cara Memasak Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit :

1. Gaulkan udang dengan garam & kunyit. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih sehingga garing, kemudian masukkan udang. Goreng sehingga udang masak.
3. Masukkan kacang buncis, bawang besar & cili merah. Gaul sebati sehingga kacang buncis sedikit layu.
4. Perasakan dengan sedikit garam. Angkat dan hidangkan.