Resepi Ayam Masak Serai Sedap

Ayam Masak Serai

Bahan - Bahan Membuat Ayam Masak Serai

  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan kunyit-untuk lumur ayam
  • Garam,serbuk perasa dan gula-secukup rasa 

Bahan Kisar

  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sebesar ibujari halia
  • 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Resepi Ayam Masak Serai Sedap
Ayam Masak Serai



Cara Membuat Ayam Masak Serai
  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.
  2. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  3. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. 
  4. Masukkan serai dan goreng lagi.Perasakan dengan garam,serbuk perasa dan sedikit gula.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
  6. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  7. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.


banner
Previous Post
Next Post

0 comments: