Resepi Kuih Butir Nangka

Resepi Kuih Butir Nangka atau juga dikenali sebagai pengat butir nangka, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Kuih Butir Nangka merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan beras pulut, santan dan nisan / gula melaka. Secara tradisional, daun pandan dikisar bagi menghasilkan pewarna hijau, tetapi masa kini terdapat kuih butir nangka yang dicampur pewarna merah dan lain-lain.

Resepi Kuih Butir Nangka
Kuih Butir Nangka

Kuih Butir Nangka merupakan sejenis kuih berkuah dan mempunyai rasa yang berlemak. Pada masa kini, kuih Butir Nangka masih terdapat di pasaran.Kuahnya diperbuat dari santan dan nisan / gula melaka, seperti pengat manis.

Resepi Kuih Butir Nangka 

Bahan - Bahan Kuah 

  • Santan pekat
  • 2 helai daun pandan -  disimpul
  • Gula dan garam – secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:

  • Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.  Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api.

Bahan-bahan biji nangka : 

  • 1 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
  • Pewarna hijau
  • Sedikit air kapur
  • Garam

Cara Membuat 

  1. Sebelum menguli, panaskan dahulu air  di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  2. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
  3. Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).  Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  4. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: