Masa: Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang
Bahan-Bahan Membuat Ayam Teriyaki
- 2 keping dada ayam
- 1/4 cawan kicap soya cair
- 2 sudu besar cuka makan
- 1 sudu besar parutan halus halia
- 2 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar gula perang atau gula putih
- sedikit minyak masak
- bijan
- daun bawang
- cili merah, jika suka
Resepi Ayam Teriyaki |
Cara Penyediaan:
- Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
- Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
- Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
- Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering. Tuang sos ke atas ayam tadi.
- Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili. Hidang bersama nasi putih panas.
Tips:
Jangan masak ayam terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras dan kurang berjus.
0 comments: