Resepi Daging Rebus Air Asam

Bahan Daging Rebus:


  • 500g daging (hiris nipis)
  • 3 batang serai (titik)
  • 5 biji bawang putih (tumbuk kasar/hiris)
  • 2 liter air
  • Garam

Bahan Air Asam:

  • 1 biji bawang merah besar dihiris nipis.
  • 2 biji tomato dipotong dadu kecil.
  • 1 cawan air asam jawa1 inci belacan dihancurkan.
  • 1 biji cili merah dihiris halus.
  • 2 biji cili padi dihiris halus.
  • ½ biji lada benggala dipotong memanjang.
  • Garam.
  • Gula.
  • Sedikit kerisik.

Resepi Daging Rebus Air Asam
Daging Rebus Air Asam

Cara Membuat Daging Rebus Air Asam


  • Untuk memasak daging rebus, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk besar dan rebus hingga daging menjadi lembut dan empuk.
  • Toskan daging dan ketepikan seketika. Simpan air rebusan daging tadi.
  • Untuk membuat air asam, satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk.Tambahkan 1 cawan air rebusan daging tadi.
  • Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  • Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul hingga rata. Sedia untuk dihidangkan .

Resepi Rendang Daging Tok Perak

Rendang Daging Tok Perak

Bahan - Bahan Membuat Rendang Daging Tok Perak

  • 600gm daging lembu (dipotong kiub 5 cm)
  • Sudu besar serbuk cili
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1/2 mangkuk kerisik
  • 1 biji kelapa (ambil santannya)
  • 5 helai daun limau purut.
  • Gula Melaka secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan - bahan Kisar
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 6 batang serai

Bahan - Bahan sangai dan Kisar

  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
Resepi Rendang Daging Tok Perak
Rendang Daging Tok Perak


Cara Membuat Daging Tok Perak
  1. Perapkan daging bersama semua bahan-bahan kisar selama lebih kurang 2 1/2 jam
  2. Masukkan kesemua bahan2 tadi dan masak hingga daging empuk dan kuahnya pekat dan kering.
  3. Bila sudah masak angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih,nasi minyak,ketupat ataupun lemang.


Resepi Gulai Daging Terengganu

Bahan - Bahan Membuat Gulai Daging Terengganu

  • 500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
  • 2 s/b kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
  • 2 keping asam keping
  • Minyak
  • Garam


Bahan Mesin
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 s/b rempah kari daging
  • 2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
  • 1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
  • 7 ulasan bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas


Bahan Tumis 

  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
Resepi Gulai Daging Terengganu
Resepi Gulai Daging Terengganu



Cara Memasak Gulai Daging Terengganu

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
  5. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
  6. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

Resepi Gulai Daging ala Utara

Resepi Gulai Daging ala Utara

Bahan-Bahan Membuat gulai Daging Ala Utara

  • 1 kg daging bahagian tulang
  • 1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 senduk minyak masak
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • daun kari
  • sedikit gula melaka
  • garam secukup rasa


Bahan Kisar 

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia


Bahan Rempah Tumis 

  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 btg cengkih
  • 6 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu kecil lada hitam


Bahan Pes Rempah 

  • 1 bungkus rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

Resepi Gulai Daging ala Utara
Resepi Gulai Daging ala Utara


Cara Memasak Gulai Daging Ala Utara


1.Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut. Kalau menggunakan pressure cooker, masa memasak bergantung kepada jenis pressure cooker anda. Jika rebus menggunakan kaedah biasa, anggaran masa merebus dalam 1.5 hingga 2 jam.
2.Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis ‘Bahan Kisar’, daun kari dan ‘Bahan Rempah Tumis’ sehingga kekuningan dan naik bau.
3.Bancuh ‘Bahan Pes Rempah’ dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
4.Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.
5.Masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.