Resepi Membuat Sira Pisang

Bahan - Bahan Membuat Sira Pisang

  • 6 biji pisang nangka/berangan/nipah
  • 2-3 senduk gula
  • sedikit garam
  • Sehelai daun pandan
  • 2-3 kuntuk bunga cengkih - sekiranya suka
  • Sedikit esen pisang - sekiranya suka
  • Pewarna kuning - sekiranya suka
  • Sedikit air kapur
Resepi Membuat Sira Pisang
Sira Pisang


Cara Membuat Sira Pisang 

  1. Rendam pisang yang dibelah dengan air kapur - sekejap sahaja
  2. Panaskan gula dengan sedikit air masak sampai berkilat
  3. Masukkan garam, daun pandan, pewarna kuning, bunga cengkih dan esen pisang
  4. Kemudian masukkan pisang.
  5. Masak seketika.

Resepi Kuih Lompat Tikam Kelantan

Resepi Kuih Lompat Tikam

Bahan - Bahan Membuat Kuih Lompat Tikam  (Untuk satu loyang)

Bahagian bawah:

  • 3 cawan air perahan daun pandan(saya blend 10 helai daun pandan bersama 3 cawan air dan tapis)
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan air kapur pekat(kalau nk tak nak letak boleh juga kalau tak mau rasa pahit)
  • Pewarna makanan(hijau)


Bahagian atas:

  • 4 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam - secukup rasa lemak masin

Air manisan:
  • 3 keping gula nisan
  • 2 helai daun pandan 
  • 2 cawan air
Resepi Kuih Lompat Tikam Kelantan
Kuih Lompat Tikam Kelantan



Cara Membuat Kuih Lompat Tikam

  1. Sediakan kuali dan panaskan. Letakkan bancuhan air daun pandan, air kapur serta tepung beras. Masukkan garam dan pewarna hijau sedikit saja. Kacau selalu hingga pekat. Hati-hati jangan sampai berkerak. Dah pekat dan berkilat terus matikan api dan tuang dalam loyang@bekas hidang. Sejukkan di bawah kipas.
  2. Untuk lapisan atas pula, masukkan santan sederhana pekat yang telah dibancuh bersama tepung beras. Masukkan garam. Kacau hingga pekat berkilat dan matikan api. Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi. Ratakan dan sejukkan di bawah kipas.
  3. Untuk air gula manisan, panaskan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan nisan tadi bersama daun pandan yang telah disimpul. Masak hingga gula nisan cair kesemuanya.
  4. Sebelum dihidang, simpan di dalam peti kuih lompat tikam bersama air manisannya untuk beberapa jam. Enak dihidang dan dimakan ketika sejuk.
  5. Jangan lupa tuang air manisan ke dalam kuih sebelum makan.

Resepi Kuih Kaswi Mudah

Bahan - Bahan Membuat Kuih Kaswi 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
  • 1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
  • 7 cawan air
  • 1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
  • Bahan lain:
  • Kelapa parut muda
  • Sedikit garam
Resepi Kuih Kaswi Mudah
Kuih Kaswi


Cara Membuat Kuih Kaswi

  1. Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
  3. Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam periuk. Kacau sekejap je atas api sehingga naik wap sahaja. Bukan sampai keras..
  4. Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar.
  5. Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
  6. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Resepi Kuih Pulut Sekaya Kelantan

Resepi Kuih Pulut Sekaya Kelantan 

Lapisan Bawah
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 sudu kecil garam halus
  • Sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)

Cara - Cara
  • Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.
  • Kukus dengan semua bahan di atas selama 25 minit. Loyang dialas dengan plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama. 
  • Apabila pulut masak, gaul rata rata. Tekan dalam loyang. Taburkan sedikit tepung gandum.
Lapisan Atas
  • 5 biji telur itik (guna telur ayam kampung)
  • 4 biji telur
  • 4 keping gula melaka (saiz sederhana)
  • 1 helai daun pandan
  • 3 kuntum bunga cengkih - di ketuk sedikit
  • 1/4 sudu kecil garam halus
Resepi Kuih Pulut Sekaya Kelantan
Kuih Pulut Sekaya Kelantan

 
Cara - Cara
  1. Satukan telur dan bunga cengkih dan dipukul ringan. Ketepikan.
  2. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut. 
  3. Tuang ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.
  4. Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 30 minit dengan api sederhana. 
  5. Angkat dari pengukus dan sejukkan. Tengok permukaannya yang berkedut kedut itu. Seperti juga kuih akok yang permukaannya memang berkedut.

Resepi Ayam Masak Kerutuk

Resepi Ayam Masak Kerutuk
  • 1 ekor ayam (potong ikut suka)
Bahan - Bahan Kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 3 bawang putih
  • Sedikit halia
Bahan lain
  • 4 sudu besar penuh rempah kerutuk
  • 5 ulas bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 serai dititik
  • Asam keping
  • Sedikit kerisik
  • Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
  • Garam dan gula
  • Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)
Resepi Ayam Masak Kerutuk
Ayam Masak Kerutuk


Cara - Cara Membuat Ayam Masak Kerutuk

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. masukkan bahan yang dihiris dan bahan yang di blend. Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika semua bahan di blend sahaja tanpa dihiris.
  2. Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.
  3. Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. Sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat.
  4. Masakan kerutuk berwarna gelap dan berkuah agak pekat.

Resepi Kuih Lompang

Bahan - Bahan Membuat Kuih Lompang 

Bahan A:
  • 220 gram gula pasir
  • 400 ml air
  • 1 helai daun pandan
Bahan B
  • 280 gram tepung beras
  • 60 gram tepung sagu/tepung ubi - saya guna tepung ubi
  • 400 ml air
  • 1 sk air kapur
  • Pewarna dan perisa - saya guna pandan, durian dan pisang

Bahan C
  • Kelapa parut
  • Sedikit garam
  • Gaul rata dan kukus
Resepi Kuih Lompang
Kuih Lompang


Cara - Cara Membuat Kuih Lompang
  1. Satukan bahan A dan masak sehingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
  2. Satukan pula bahan B dikacau rata dan ditapis. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut yang disukai. Boleh juga diletakkan perasa yang digemari.
  4. Panaskan pengukus sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan lompang yang telah disapu sedikit minyak ketika hendak dikukus. Tuang sehingga penuh. Jangan tuang awal awal untuk mengelak adunan mendap.
  5. Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana. Angkat penutup pengukus dan terus dikukus dalam 1 minit lagi tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih.

Nota : rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan kedalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.