Bahan - Bahan Membuat Kuih Lompang
Bahan A:
- 220 gram gula pasir
- 400 ml air
- 1 helai daun pandan
Bahan B
- 280 gram tepung beras
- 60 gram tepung sagu/tepung ubi - saya guna tepung ubi
- 400 ml air
- 1 sk air kapur
- Pewarna dan perisa - saya guna pandan, durian dan pisang
Bahan C
- Kelapa parut
- Sedikit garam
- Gaul rata dan kukus
|
Kuih Lompang |
Cara - Cara Membuat Kuih Lompang
- Satukan bahan A dan masak sehingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
- Satukan pula bahan B dikacau rata dan ditapis. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut yang disukai. Boleh juga diletakkan perasa yang digemari.
- Panaskan pengukus sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan lompang yang telah disapu sedikit minyak ketika hendak dikukus. Tuang sehingga penuh. Jangan tuang awal awal untuk mengelak adunan mendap.
- Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana. Angkat penutup pengukus dan terus dikukus dalam 1 minit lagi tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
Nota : rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan kedalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.